Polis Rakam Keterangan Pegawai Kanan Maritim Berpangkat Datuk Berkait Gangguan Seksual Esok

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan pihaknya akan merakam keterangan seorang pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berhubung kes gangguan seksual yang dikaitkan dengannya, esok.

Manakala proses itu akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

“Rakaman percakapan pegawai itu akan diambil esok jam 2.30 petang,” katanya.

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan siasatan dijalankan berhubung dakwaan gangguan seksual oleh seorang ketua pengarah sebuah agensi penguatkuasa terhadap seorang wanita.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 14 November lalu.

Terdahulu, tular laporan polis dibuat seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang juga perunding kewangan mendakwa lelaki bergelar ‘Datuk’ itu mengganggunya menerusi WhatsApp, sejak tahun lalu.

Mangsa mendakwa pegawai itu mengganggu dengan perkongsian video dan perbualan lucah.

BBerkaitan

Latest articles