KUALA LUMPUR: Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman memaklumkan pihaknya telah merakam keterangan seorang wanita yang mendakwa bakal melangsungkan perkahwinan dengan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah tahun lepas.
Yahaya berkata polis berjaya mengesan Faridah Daud, 38, di Manjung, Perak, pada bulan lepas.
“Kertas siasatan kini dalam fasa akhir untuk dilengkapkan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini, hari ini.
Menurut Yahaya, kes masih disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Untuk rekod Wwnita berkenaan menjadi tular selepas memuat naik pelbagai hantaran di Instagramnya (faridah.daud_l) yang kononnya bakal berkahwin dengan Tengku Hassanal, termasuk turut berkongsi persiapan dan barangan hantaran.
Bulan lalu polis telah mengambil keterangan tiga individu bagi membantu siasatan berkaitan kes ini.