Polis perlu dibekalkan AI, IoT untuk banteras jenayah

BAGAN DATUK: Polis perlu dibekalkan dengan peralatan canggih selari dengan perkembangan teknologi yang pesat, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.

Beliau berkata, pasukan keselamatan itu perlu memiliki pelbagai kelebihan dalam usaha membanteras jenayah semasa penjenayah menggunakan teknologi terkini yang berubah dengan pantas untuk menjalankan kegiatan mereka.

“Dalam hal ini penggunaan AI (kecerdasan buatan) umpamanya, dan IOT (Internet kebendaan) adalah antara elemen penting yang harus diberikan kepada pihak polis,” katanya.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan pengoperasian IPD Bagan Datuk di Hutan Melintang hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri dalam ucapan aluannya berkat, IPD Bagan Datuk secara tidak rasmi mula beroperasi pada 16 Mac lepas dengan kekuatan 267 perjawatan.

Beliau berkata, Balai Polis Hutan Melintang dipilih untuk menjadi pusat operasi sementara IPD Bagan Datuk apabila melihat kepada kesesuaian kompleks balai polis itu yang siap dibina pada 2012.

“Peruntukan RM2 juta untuk perolehan tanah berkeluasan 10 ekar bagi tapak pembinaan Kompleks IPD Bagan Datuk yang baharu telah diluluskan bawah ‘Rolling Plan 4’, RMK12 (Rancangan Malaysia Ke-12).

“Polis juga telah mengemukakan permohonan kos pembinaannya yang dianggarkan RM200 juta bawah ‘Rolling Plan 5,” katanya.

IPD Bagan Datuk itu menjadi IPD yang ke-16 untuk pasukan polis Perak, katanya.- Bernama

BBerkaitan

Latest articles