Polis Percaya Terjatuh Jadi Punca Budak Lelaki Mati Dalam Mesin Basuh

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di dalam mesin basuh semalam disyaki terjatuh ke dalam mesin tersebut yang sedang beroperasi.

Ketua Polis Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, dalam kejadian pada kira-kira 9.30 pagi itu, kanak-kanak yang menghidap autisme itu dipercayai memanjat mesin basuh berkenaan ketika semua orang di dalam rumah sedang tidur.

“Mesin basuh tersebut jenis muatan atas dan ketika kanak-kanak itu ditemukan, mesin sudah berhenti beroperasi.

“Kami percaya kanak-kanak itu memanjat mesin basuh dan terjatuh ke dalamnya,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Sungai Tapah Tambahan, Manjoi, seorang kanak-kanak lelaki ditemukan tidak sedarkan diri di sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada 11.02 pagi.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah kecederaan di bahagian kepala akibat objek tumpul.

Kes disiasat bawah Seksyen 31(1)(a), Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).

Menurut Yahaya, jenazah kanak-kanak itu telah dikebumikan di Johor hari ini.

BBerkaitan

Latest articles