Polis: Pemandu Langgar Penuntut UniSZA Sampai Maut Alami Masalah Mental

KUALA TERENGGANU: Pemandu Honda Jazz yang terlibat dalam kemalangan maut mengorbankan seorang penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) disahkan mempunyai sejarah rawatan psikiatri sejak tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor memaklumkan, lelaki berusia 32 tahun itu menghidap Major Depressive Disorder (MDD) dan pernah mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Suspek kini masih dirawat akibat patah tangan kanan serta kecederaan ringan lain.

Beliau menjelaskan, kenderaan Honda Jazz yang dipandu bukan kenderaan curi seperti yang tular, sebaliknya milik adik lelaki terbabit.

Namun sebelum kejadian, suspek dipercayai menceroboh sebuah Honda City di kawasan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan melarikan wang tunai RM200 sebelum memecut kenderaannya hingga berlaku nahas di Jalan Kemajuan.

Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak sahih, sambil memaklumkan lelaki terbabit akan ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BBerkaitan

Latest articles