Polis Nafi Pegawai Wanita Dibunuh

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan satu maklumat yang tular di media sosial berhubung seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor yang kononnya dibunuh.

Mengesahkan maklumat berkenaan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat menambah bahawa pegawai polis berkenaan telah membuat laporan polis di Klang pada semalam.

PDRM turut mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai ugutan jenayah dan sengaja mengancam keselamatan pegawai polis itu.

“Kami siasat di bawah Seksyen 509 kerana perbuatan mengaibkan kehormatan, dan (kami) sudah buka satu kertas siasatan berhubung kes ini.

“Kami akan siasat siapa (individu) yang menyebarkan gambar dan video itu di laman media sosial,” katanya kepada Bernama hari ini.

Untuk rekod sejak semalam tular sekeping gambar seorang wanita diikat tangan serta kakinya dan dibunuh secara kejam menjadi tular di media sosial, bersama dengan gambar pegawai wanita berkenaan, kononnya pegawai itu adalah mangsa kejadian bunuh.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini