Polis Kenalpasti Lelaki Bagi Tips Lepas Diri Dari Sekatan

Padah menimpa seorang lelaki yang cuba memberi tips untuk melepaskan diri daripada sekatan dan ingkar dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) apabila polis sudah mengenalpasti lelaki berkenaan dan keluarganya.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media hariannya di Putrajaya berkata, polis sudah mengenal pasti individu terbabit dan tindakan diambil kepada mereka kerana tiada sesiapa boleh terlepas dari undang-undang lebih-lebih lagi mereka mengakui ingkar arahan PKP,”

“Semalam tular di media sosial berkaitan lelaki terbabit yang memberi ‘tips’ bagaimana ingin menipu polis untuk pulang ke Kuala Lumpur.

“Saya nak beri peringatan kepada semua jangan pengaruhi orang lain untuk ikut tindak tanduk mereka,” katanya.

Semalam tular di media sosial mengenai seorang lelaki yang memberikan alasan ingin membuat pemeriksaan anak di klinik kesihatan dan disebabkan tiada orang yang dapat menjaga anak-anaknya maka mereka keluar sekeluarga.

Dalam pada itu, mengulas mengenai dakwaan polis tidak mempunyai kuasa mengambil tindakan kepada pesalah PKP, beliau berkata, tindakan polis itu adalah mengikut Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342).

“Mengikut Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dengan jelas menyatakan Menteri Kesihatan boleh melantik mana-mana pegawai termasuk polis yang diberikan kuasa melaksanakan perkara berkaitan akta itu.

“Segala kesalahan mengingkari perintah pegawai awam boleh dihukum mengikut akta itu dan kanun keseksaan…jadi jika ada yang persoalkan kuasa polis saya ingin jelaskan polis memang berkuasa bagi melaksanakan tugas apa yang termaktub dalam akta itu,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles