More

    Polis Kenal Pasti Dua Mangsa Nahas Helikopter

    Identiti dua mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas berhampiran Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Taman Melawati pada pagi tadi, sudah dikenal pasti.

    Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, dua mangsa berkenaan adalah Mohd Sabri Baharon, 56, dan Mohd Irfan Mohamed Rawi, 44.

    Sementara itu, dua yang terselamat dikenali sebagai Datuk Ahmad Jauhari Yahya, 66, dan Tan Chai Elan, 51.

    Terdahulu, sebuah helikopter membawa empat individu, termasuk seorang wanita, didakwa bertembung dengan sebuah helikopter lain lalu terhempas.

    “Dua helikopter ini dari syarikat yang sama dan dipercayai dalam penerbangan dari Subang menuju ke Genting Sempah.

    “Siasatan polis setakat ini fokus kepada punca kematian, manakala siasatan punca kemalangan membabitkan dua helikopter akan dijalankan Jabatan Penerbangan Awam (DCA),” kata Mohamad Farouk pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini.

    Mengulas lanjut beliau berkata polis kini sedang menyiasat sama ada penumpang lain yang terbabit dalam kejadian ini.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini