Polis Ingatkan Orang Ramai Patuh SOP

KUALA LUMPUR: Susulan peningkatan mendadak kes positif harian COVID-19, polis mengingatkan orang ramai terus berwaspada dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam pelbagai urusan dan aktiviti seharian.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai turut menasihatkan pengunjung dan peniaga untuk peka dan terus mematuhi arahan ditetapkan.

“Hari ini saya meluangkan masa melawat penduduk setempat terutamanya pengunjung dan peniaga di pasar pagi. Selain itu, turut dilakukan pemantauan SOP dalam kalangan pengunjung berikutan kenaikan mendadak kes Covid-19 sejak minggu lalu.

“Kita lihat kesemua mereka yang berkunjung ke sini mematuhi SOP dengan baik dan dari kadar jenayah pula di kawasan ini didapati amat rendah,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan mesra di pasar pagi Taman Kok Doh, Segambut, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Rumah Teres Taman Sejahtera, Jeyakumar Manokaram.

Dalam lawatan itu, Eng Lai meluangkan masa lebih setengah jam menyampaikan buah tangan berupa limau mandarin kepada para pengunjung, penjaja serta peniaga.

BBerkaitan

Latest articles