Polis Buru Dalang Utama Macau Scam Yang Lolos Panjat Pagar SPRM

 

Polis kini menggiatkan usaha memburu suspek utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang berjaya meloloskan diri dengan memanjat pintu belakang ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, baru-baru ini.

Suspek dikenalpasti sebagai Goh Leong Yeong berusia 32 tahun dan tinggal di Cheras.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Datuk Huzir Mohamed berkata, suspek sangat dikehendaki dalam jenayah perjudian online itu.

“Suspek beralamat di Blok 25B2-5-8, Miharja Kondominium, Batu 2 1/2, Off Jalan Cheras, Kuala Lumpur.

“Suspek ini dikehendaki bersabit siasatan melibatkan tiga kes jenayah di bawah Seksyen 4(1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana terlibat dalam penganjuran judi online di Sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Suspek telah melarikan diri sebaik sahaja dibebaskan dengan jaminan oleh SPRM kerana terlibat dalam kes Macau Scam baru-baru ini,’ katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pagi ini.

Sehubungan itu beliau menggesa kerjasama daripada orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan suspek dengan menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, Deputi Superintendan Ahmad Zamri Jai di talian 012-8993622.

“Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat mengenai suspek sangat dikehendaki itukepada pegawai penyiasat kes ini, Inspektor Muhamad Faizal Asuar di talian 017-3126411 atau mana-mana balai polis berhampiran,” ujarnya.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

X50 Dilancar Secara Rasmi Hari Ini, Harga Bermula RM79,200

Sekian lama ditunggu-tunggu, Proton Holdings Berhad (Proton) pada hari ini melancarkan SUV keduanya, Proton X50 yang dibangunkan bersama rakan kerjasama, Zheijiang Geely Holdings Group. Sebanyak...

Selepas Lompat Pagar Pejabat SPRM, Alvin Akhirnya Ditahan Di Pusat Peranginan

Goh Leong Yeong atau Alvin Goh, suspek utama kes pengubahan wang haram akhirnya ditemui di sebuah pusat peranginan di Pahang, dipercayai bersembunyi dari satu...

Desak Muhyiddin Letak Jawatan Hanya Untuk Puaskan Nafsu Pembangkang, Kata Bung

Pembangkang diminta bermuhasabah diri dan mendalami titah Yang di-Pertuan Agong, selain menghentikan desakan supaya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan. Timbalan Ketua Menteri...

Lebih 10,000 Pegawai, Anggota Polis Positif Covid-19, Kena Kuarantin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin memaklumkan lebih dari 10,000 pegawai dan anggota polis dikuarantin selepas didapati positif Covid-19. Situasi ini memberi kesan kepada...

Kesemua Ahli Parlimen PAS Sokong Muhyiddin

Kesemua 18 ahli parlimen PAS menyatakan kesetiaan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin,...