Polis Buka 3 Kertas Siasatan Terhadap Buku Tommy

Tiga kertas siasatan telah dibuka pihak polis berkaitan kandungan buku bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang didakwa memfitnah dan menghina pelbagai pihak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed turut memaklumkan sehingga semalam polis telah menerima 134 laporan di seluruh negara berhubung kontroversi buku Tommy itu.

Beliau berkata siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ Bukit Aman dan akan dilakukan secara terperinci sebelum mana-mana pihak dipanggil untuk dirakam keterangan termasuk Thomas.

“Satu daripada kertas siasatan yang dibuka adalah mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan satu lagi kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan (membocorkan maklumat) dan Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972.

“Kertas siasatan ketiga dibuka mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 (perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut),” katanya.

Antara individu yang membuat laporan polis terhadap Thomas ialah bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan bekas Peguam Cara III Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.

BBerkaitan

Latest articles