Polis Buat Sekatan Jalan Raya Sebelum Masuk Parlimen

Sekatan jalan raya sepanjang 300 meter di persimpangan masuk ke Parlimen diadakan pihak polis pagi ini bertujuan ‘menyaring’ individu yang dibenarkan sahaja untuk masuk ke kawasan Parlimen.

Memetik laporan Berita Harian, hanya media rasmi dengan jumlah terhad dan individu berkenaan yang sudah menjalankan saringan COVID-19 dibenarkan masuk ke Parlimen.

Turut kelihatan di perkarangan Parlimen adalah dua buah kereta perisai, Barracuda milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) memasuki kawasan Parlimen.

Setakat jam 8 pagi, keadaan di luar Parlimen masih terkawal.

Memetik laporan BERNAMA, seramai 950 orang terdiri daripada Ahli Parlimen, Senator, warga Parlimen serta petugas media yang dijadualkan berada di bangunan Parlimen ketika persidangan sehari penggal ketiga Parlimen ke-14 menjalani ujian saringan COVID-19 secara berperingkat mulai 13 Mei bagi memastikan mereka yang hadir bebas wabak itu.

Seramai 220 daripada 222 Ahli Parlimen disahkan negatif COVID-19, sekali gus membolehkan mereka menghadiri persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Dua lagi Ahli Parlimen tidak menjalani ujian saringan itu kerana sedang menjalani kuarantin disebabkan dikesan sebagai kontak rapat dengan kes positif COVID-19.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,912FollowersFollow
21,600SubscribersSubscribe

Terkini