Polis Berkas Pelukis Tatu Disyaki Liwat Pelanggan

KUALA LUMPUR: Seorang pelukis seni tatu ditahan polis, dipercayai meliwat pelanggan lelakinya semasa mangsa mendapatkan khidmat lukisan tatu di tangannya dalam kejadian pada 25 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar mengesahkan tangkapan berkenaan.

Katanya, suspek warga tempatan berusia 37 tahun itu ditangkap di rumahnya di Sungai Way pukul 8.12 malam semalam.

“Semakan lanjut mendapati suspek memiliki dua rekod kesalahan jenayah lampau dan jenayah berkaitan meliwat adalah kesalahan pertamanya.

“Siasatan lanjut mendapati suspek menggunakan modus operandi mencalitkan minyak ke atas angota badan pelanggan sehingga mangsa tidak sedar diri sebelum meliwat ketika pelanggannya berada dalam keadaan tidak sedar diri,” kata Shahrulnizam, seperti yang dilaporkan Malaysia Gazette.

Tambah beliau, suspek kini direman selama empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan lanjut polis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana meliwat iaitu melakukan persetubuhan secara luar tabii.

Pelaku kesalahan tersebut boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan, katanya.

Terdahulu polis telah menerima laporan daripada mangsa seorang pemandu syarikat penghantaran barang mengenai detik hitam yang menimpa dirinya.

Kata beliau, mangsa berusia 24 tahun telah pergi ke kedai suspek untuk melukis tatu bunga di tangannya.

“Siasatan mendapati, suspek menyapu minyak di tangan kanan mangsa ketika mula melukiskan bunga di tangan menyebabkan pelanggannya tidak sedar apa yang sedang berlaku.

Mangsa yang tersedar kemudian terkejut mendapati beliau berada dalam keadaan tidak berpakaian di dalam premis itu.

Mangsa terus keluar meninggalkan premis tatu itu dan mula merasakan amat sakit di bahagian dubur sebelum mengesyaki suspek lelaki yang melukis tatu itu telah meliwatnya.

Lelaki itu kemudian bergegas ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk mendapatkan rawatan lanjut.

BBerkaitan

Latest articles