More

    Polis Berjaya Tahan Sembilan Suspek Bantu Siasatan Kes Bunuh

    Polis berjaya menangkap sembilan suspek di antaranya termasuk tiga orang lelaki warga asing untuk membantu polis dalam siasatan berkaitan kes pembunuhan seorang wanita di Jalan Pandan Indah, Ampang, Selangor, semalam.

    Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan penemuan mayat wanita itu kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

    “Hasil siasatan awal mendapati mangsa merupakan seorang wanita warga asing berusia 28 tahun.

    “Mangsa ditemukan terbaring di tepi jalan dengan kesan kecederaan lebam di bahagian leher, tulang selangka sebelah kanan, dan beberapa kesan lebam di bahagian badan yang lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    BACA JUGA – Yamani Jafez Dilantik Menjadi Pengerusi Felcra 

    Menurutnya, mangsa disyaki telah dibunuh di tempat lain dan sebelum dibuang di tempat dia ditemukan.

    Jelasnya, mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan akan dibedah siasat selepas ujian Covid-19 yang akan dijalankan esok.

    “Susulan penemuan itu, sembilan lelaki berusia lingkungan 20 hingga 49 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan.

    “tiga daripada suspek ialah warga asing dan empat suspek pernah ditangkap berkaitan dadah sebelum ini,” katanya.

    Jelasnya, tangkapan dilakukan di tiga lokasi berasingan iaitu di Sri Kembangan, Sea Park dan Sungai Jarum kesemuanya di Selangor.

    Tambahnya, punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh dan boleh dihukum gantung sampai mati.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini