PNB Terima Peletakan Jawatan Abdul Jali

Lembaga Pengarah Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengesahkan menerima surat peletakan jawatan ketua eksekutifnya, Abdul Jalil Rasheed, semalam.

Untuk rekod Jalil memegang posisi nombor satu syarikat pelaburan terbesar Malaysia itu selama 9 bulan, selepas dilantik pada Oktober 2019.

Dalam kenyataan Lembaga PNB, mereka mengucapkan terima kasih atas khidmat Abdul Jalil, selain akan memaklumkan penggantinya dalam masa terdekat.

PNB, sebuah syarikat yang berkaitan kerajaan, merupakan syarikat pengurusan dana dan pelaburan terbesar di Malaysia mengendalikan dana lebih RM300 bilion, melalui unit amanah seperti Amanah Saham Nasional.

Abdul Jalil pada semalam mendakwa dirinya menerima ‘gangguan’ daripada pihak tertentu, dan mengambil keputusan melepaskan jawatannya demi keselamatan peribadi dan keluarga.

“Gangguan yang terpaksa dihadapi daripada panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali, penggodaman akaun e-mel korporat saya dan profil LinkedIn saya. Ini menjadikan saya semakin bimbang akan kesejahteraan keluarga saya. Akhirnya, saya memutuskan bahawa tidak adil bagi keluarga saya sekiranya masalah ini semakin meningkat, ” demikian memetik kandungan emel Abdul Jalil kepada kakitangan.

Media sebelum ini melaporkan pelantikan Abdul Jalil sebagai meragukan dari segi kelayakan akademiknya, sehingga dipanggil oleh Suruhanjaya Sekuriti pada 11 Jun lalu untuk memberikan penjelasan.

BBerkaitan

Latest articles