PN umum pengerusi negeri, Muhyiddin ketuai Johor

Perikatan Nasional (PN) mengumumkan senarai pengerusi badan perhubungan negeri dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menerajui PN Johor.

Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar dipilih pengerusi badan perhubungan PN negeri itu, manakala Selangor diterajui bekas menteri besarnya Mohamed Azmin Ali.

Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob, bekas menteri besar Perak Ahmad Faizal Azumu and Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor turut menerajui PN di negeri masing-masing.

Di Sabah, Ketua Menteri Hajiji Noor dilantik pengerusi PN negeri manakala Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah akan menerajui PN Pahang.

 

Timbalan Menteri Kerja Raya Eddin Syazlee Shith memimpin PN Negeri Sembilan manakala Timbalan Menteri Undang-Undang Shabudin Yahaya dilantik pengerusi PN Pulau Pinang.

Pemimpin lain yang akan menerajui PN di negeri masing-masing adalah Timbalan Speaker Perlis Mohd Shukri Ramli, Ahli EXCO Melaka Mohd Rafiq Naizamohideen, Pengerusi PPBM Sarawak Jaziri Alkaf Abdillah Suffian dan Pengerusi PPBM Wilayah Persekutuan Muhammad Suhaimi Yahya.

KOMEN

BERKAITAN

POPULAR

Media Sosial

29,272FansLike
0MembersFollow
48,300FollowersFollow
0FollowersFollow
9,238FollowersFollow
10,400SubscribersSubscribe

Terkini