Home BERITA PN Tewaskan PH Di Padang Serai Dengan Majoriti 16,260

PN Tewaskan PH Di Padang Serai Dengan Majoriti 16,260

KULIM: Kerusi Parlimen Padang Serai yang di pegang Pakatan Harapan (PH) selama tiga penggal akhirnya dirampas Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

PN Calon PN, Datuk Azman Nasrudin yang mendapat 51,637 undi diumumkan sebagai pemenang dengan majoriti 16,260 undi, sekali gus menewaskan calon PH, Dr. Mohamad Sofee Razak yang meraih 35,377 undi.

ua calon yang menarik diri, Datuk C. Sivaraj daripada Barisan Nasional dan calon Parti Warisan, Mohd Bakhri Hashim masing-masing mendapat 2,983 dan 149 undi.

Kemenangan kerusi Padang Serai itu sekali gus menjadikan 14 kerusi Parlimen dikuasai PN di Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hari pengundian PRU15 bagi Parlimen Padang Serai ditangguhkan susulan kematian calon PH, M. Karupaiya dipercayai akibat serangan jantung dan komplikasi kesihatan pada 16 November lalu.

Pada PRU14, Karupaiya menang kerusi Parlimen Padang Serai dengan majoriti 8,813 undi menewaskan calon Pas, Muhamad Sobri Osman dan calon BN, Datuk Dr. Leong Yong Kong.

NO COMMENTS

Exit mobile version