PN Tak Sertai Kerajaan Perpaduan, Mahu Jadi Pembangkang

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) berterima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menawarkan gabungan parti itu menyertai kerajaan Persekutuan.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun menegaskan pendirian tidak akan berbuat demikian, dan gabungan itu akan menjadi pembangkang di Dewan Rakyat.

Keputusan itu dibuat selaras dengan semangat mahu menyuburkan demokrasi serta melaksanakan peranan sembang dan imbang dalam Parlimen Malaysia.

“Perikatan Nasional akan memainkan peranan sebagai pembangkang yang berwibawa untuk membawa suara rakyat ke Parlimen serta memastikan tadbir urus kerajaan yang berintegriti dan bebas rasuah selaran dengan prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil,” kata Muhyiddin dalam kenyataan l.

Tambahnya lagi, dalam memastikan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, PN bersedia merintis kerjasama yang lain dengan kerajaan dalam ruang lingkup hubungan antara kerajaan dan pembangkang.

PAS pada semalam mengeluarkan kenyataan mempertimbangkan tawaran kerajaan pimpinan Anwar, namun mahu berbincang dengan komponen PN sebelum membuat sebarang keputusan.

Dengan kenyataan terkini Muhyiddin bermakna, semua komponen PN tidak akan menyertai kerajaan Persekutuan dan berperanan sebagai pembangkang.

Latest articles

Related articles

spot_img