PN Rawat Syiar Islam Yang Dirosakkan PH

PAS menyifatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dianggotainya bersama UMNO dan BERSATU seperti memberikan ubat tahan sakit dalam usaha mengembalikan syiar Islam.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan, apa yang dilakukan kini oleh ketiga-tiga parti di dalam PN menyerlahkan usaha yang guat ke arah tersebut.

“Usaha pengambilalihan kerajaan yang dirampas oleh Pakatan Harapan (PH), gabungan yang didominasi oleh kalangan bukan Islam dan Islam liberal adalah sekadar ubat penahan sakit, sementara dilakukan rawatan selanjutnya.

“Tujuannya ialah untuk mengembalikan semula Islam sebagai penyelesaian dengan mengumpulkan umat Islam yang insaf serta menggabungkan kalangan bukan Islam yang tidak ekstrem ke arah merealisasikan masyarakat majmuk yang madani,” kata Abdul Hadi dalam ucaptama perdana dan Majlis Penutupan Persidangan Antarabangsa Kesatuan Ulama Islam Sedunia dalam Sosio-Politik (CIMS 2021) secara maya hari ini.

Dua hari lalu, genap setahun kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad selepas gabungan pembangkang itu menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.

Dr Mahathir bertindak melepas jawatan akibat pertikaian dalaman PH ketika itu yang mendesak jawatan PM diberikan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam masa yang sama gerakan ‘Langkah Sheraton’ dilakukan yang

kemudiannya menyaksikan pembentukan kerajaan baharu PN yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, pendekatan untuk menukar kerajaan diambil secara demokrasi oleh Ahli-Ahli Parlimen di negara ini.

“Pendekatan yang diambil adalah secara muwajahah silmiyyah melalui demokrasi berparlimen dan menolak cara yang ekstrem dengan mencegah campur tangan asing dalam perang proksi sepertimana yang berlaku di Timur Tengah.

“Ini kita lakukan di Malaysia,” katanya lagi.

BBerkaitan

Latest articles