PN Perak Runding Dengan BN Tubuh Kerajaan Negeri

IPOH: Perikatan Nasional (PN) Perak akan mengadakan perbincangan dengan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan negeri dalam masa terdekat.

Timbalan Pengerusi PN Perak, Razman Zakaria, berkata ketika ini gabungan itu sudah menang 26 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan memerlukan empat kerusi lagi bagi mendapat majoriti mudah.

“Untuk tempoh beberapa hari ini kita akan berusaha bentuk dan tadbir (negeri), PN dah buat perbincangan dengan rakan di sebelah sana untuk bentuk kerajaan,” katanya pada sidang media di Wisma Purnama.

Razman berkata, pendirian PN perak adalah jelas bahawa pembentukan kerajaan negeri tidak akan melibatkan Pakatan Harapan (PH).

“Sekarang kita meletakkan sejelas-jelasnya tak akan bersama PH, ‘no Anwar dan no DAP’ yang ada hanya rakan kita daripada BN,” katanya.

Ditanya kebimbangan sama ada pembentukan kerajaan gabungan akan menjadikan kerajaan dibentuk tidak stabil, Razman berkata: “tunggu masa dan kita akan tentukan.”

Pada PRU15 semalam, PN menang 26 kerusi DUN, BN (9) dan PH (24).

BBerkaitan

Latest articles