PN Masih Dengan Perangai Mencuri Orang BN, PH Lebih Sopan Ajak Berunding

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menyindir sikap pimpinan Perikatan Nasional yang mencuri 10 ahli Parlimen gabungan itu untuk menyokong Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Mohamad Yassin sebagai Perdana Menteri ke-10.

“Kepimpinan PH lebih gentleman dan beradab dengan membuat pertemuan secara rasmi dengan tujuh orang kepimpinan BN bagi menzahirkan hasrat untuk bekerjasama dengan kepimpinan BN.

“Sebaliknya, PN masih dengan perangai lama cuba buat dealing secara senyap-senyap dan mencuri 10 orang ahli-ahli Parlimen untuk tandatangan akuan berkanun (SD) menyokong Tan Sri Muhyiddin sebagai PM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebaliknya dengan Pakatan Harapan (PH), Asyraf memuji gabungan diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim itu lebih gentleman berbanding PN berhubung kerjasama membentuk Kerajaan Persekutuan.

Mana tidaknya, PH disifatkan lebih beradab kerana mahu membuat pertemuan rasmi dengan kepimpinan BN untuk mengadakan perbincangan.

Pertemuan dengan PH berlangsung kelmarin manakala perbincangan dengan PN ditangguhkan kerana parti itu bertindak demikian.

“Kononnya, PN sudah cukup numbers, bilangan ahli-ahli Parlimen yang menyokong perlantikan Tan Sri Muhyiddin sebagai PM.

“Hinggalah apabila 10 SD yang ditandatangani oleh ahli-ahli Parlimen BN ditarik balik atas arahan Dewan Tertinggi BN barulah mereka menyatakan kesediaan untuk bertemu pada hari ini pukul 3.30 petang.

“Itu pun selepas mereka dititah mengadap Yang di-Pertuan Agong kelmarin dan dimaklumkan secara rasmi bahawa Tan Sri sudah tidak cukup bilangan SD yang menyokong,” jelas Asyraf Wajdi.

Selepas ditangguhkan, pertemuan ahli Parlimen BN dengan PN dibuat di Hotel St. Regis hari ini.

Ia selaras dengan pendirian Dewan Tertinggi BN untuk bersikap terbuka bagi bertemu dan berunding dengan kedua-dua parti bagi berbincang mengenai Kerajaan Perpaduan.

Sementara itu, beliau berkata, Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan memperhalusi kedua-dua tawaran PH dan PN malam ini.

Ia sekaligus akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang menitahkan agar BN menyokong pembentukan Kerajaan Perpaduan.

“Cuma persoalannya kenapakah PN begitu bongkak dan sombong untuk menolak titah Nasihat Tuanku Agong agar dibentuk Kerajaan Perpaduan ya?” soalnya.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,604FollowersFollow
20,300SubscribersSubscribe

Terkini