KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-10.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pagoh itu memaklumkan gabungan politik itu akan memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen dengan membawa suara rakyat selaras prinsip demokrasi berparlimen.
“Bergerak ke hadapan, PN akan meneruskan perjuangan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara berpandukan prinsip ‘Prihatin, Bersih dan Stabil’,” katanya dalam hantaran melalui Facebook beliau, hari ini.
Semalam, Muhyiddin menggesa Anwar mengemukakan bilangan sokongan Ahli Parlimen yang dimilikinya untuk melayakkan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.