PN Kata Tak Umum Calon MB Johor Sebagai Strategi Menang

MUAR: Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa gabungan itu sengaja melambat-lambatkan pengumuman calon menteri besar Johor sebagai salah satu strateginya untuk menang.

Azmin turut menepis dakwaan PN tidak serius menamakan calonnya kerana fokus gabungan itu adalah untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Ini bukan serius atau tidak, ini soal strategi yang sedang diteliti dan diperbincangkan di peringkat tertinggi parti.

“Saya kira kita serahkan kepada kebijaksanaan pimpinan kerana suasana keadaan di sebuah negeri itu berbeza dengan negeri lain,” katanya.

Sehingga kini PN masih belum menamakan calon menteri besarnya walaupuk gabungan itu dimaklumkan mengadakan mestuarat Majlis Tertinggi (MT) PN pada Jumaat lalu.

Ia selepas Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata gabungan itu akan memuktamadkan calon menteri besar jika gabungan parti itu berjaya mendapat mandat membentuk kerajaan di Johor pada 12 Mac ini.

Malah Hamzah turut berkata calon itu perlu melepasi kriteria tertentu khususnya dalam aspek integriti dan kebolehan pengurusan.

BBerkaitan

Latest articles