PN Akan Kembali Terajui Kerajaan Pusat Selepas PRU15

KUALA LUMPUR: Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yakin bahawa Perikatan Nasional (PN) akan kembali menguasai Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) tidak lama lagi.

“Beliau (Guan Eng) prihatin supaya perjanjian ini dapat dilaksanakan oleh kerajaan yang akan dibentuk selepas PRU akan datang.

“Saya yakin kerajaan yang akan dibentuk selepas PRU ini adalah kerajaan PN, jadi kita teruskan usaha ini,” katanya pada sesi soal jawab terhadap soalan tambahan Lim Guan Eng (Bagan-PH) di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahuku Guan Eng mempersoalkan mengenai sejauh mana Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) yang diratifikasi Malaysia pada 30 September lalu akan dilaksanakan kerana ia akan memerlukan mandat kerajaan baharu selepas PRU-15 yang semakin hampir.

Kata-kata itu dizahirkan Azmin sehari selepas parti komponennya, PAS yang berkata akan memutuskan sama ada kekal bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Gerakan dalam PN ataupun kembali kepada UMNO untuk mengukuhkan Muafakat Nasional.

PAS dijadualkan akan bermesyuarat Sabtu ini bagi menetapkan pemilihan rakan atau lawan politik parti itu.

Perkara itu dinyatakan Naib Presidennya, Datuk Idris Ahmad dimana satu kenyataan akan dikeluarkan Setiausaha Agung Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak lama lagi.

BBerkaitan

Latest articles