PM zahir simpati, doa mangsa tanah runtuh selamat

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan rasa simpati dan sedih dengan kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang, lewat petang Khamis.

Dalam coretan di Facebooknya, Ismail Sabri memaklumkan, usaha mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang tertimbus sedang giat dijalankan.

“Pasukan Bomba dan Penyelamat sedang melakukan kerja-kerja menyelamat dan berusaha mengeluarkan semua mangsa yang tertimbus.

“Sama-sama kita berdoa semoga mangsa-mangsa yang masih dilaporkan hilang ditemui dalam keadaan selamat,” katanya.

Kira-kira 15 buah rumah mengalami kerosakan dan tiga mangsa dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu.

Sementara itu memetik laporan terkini Seorang wanita warga emas berusia 85 tahun, yang juga mangsa kedua dibawa keluar dari runtuhan tanah di Taman Bukit Permai 2, Ampang, jam 9.10 malam ini.

Mangsa berkenaan adalah isteri kepada mangsa pertama yang diselamatkan pada jam 6.54 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata wanita warga emas terbabit ditemui dalam rumah No 2, yang terletak bersebelahan lokasi tanah runtuh di Jalan T1/2J.

Wanita berkenaan kemudian dibawa ke pusat perubatan dengan ambulans.

BBerkaitan

Latest articles