PM: Usah Beri Pembangkang Peluang Rosakkan Negara

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa seluruh pengundi bagi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) membuat pilihan yang tepat dengan mengundi calon Kerajaan Perpaduan.

Tegasnya, langkah memberi undi kepada pembangkang akan merosakkan negara dan memberi kesan kepada kelangsungan hidup rakyat di masa akan datang.

“Pilihan raya ini selamatkan negeri-negeri kita, jangan bagi sikit signal (isyarat kepada pembangkang) baik orang Melayu, Cina dan India.

“Jangan abaikan hak anda (untuk mengundi), anda putuskan macam mana nak jadi negara ini. Jika anda tolak ansur atau main-main dengan undi dan mereka (pembangkang) menang jadi rosak negara kita.

“Justeru, kita mesti pastikan Kerajaan Perpaduan kekal hingga Pilihan Raya Umum datang (PRU16) selain memberi sokongan kepada semua calon kita di enam negeri PRN,” katanya ketika berucap di Ceramah Jelajah Perpaduan Madani di Kampung Melayu, Air Itam, malam tadi.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Perdana Menteri memberi jaminan beliau beliau akan melakukan yang terbaik bagi rakyat dan negara.

“Kita mahu negara ini bersatu padu dan aman. Jangan jadi macam negara-negara yang gaduh, kacau bilau antara satu sama lain.

“Saya tidak janji syurga yang tu depa (mereka) janji dan tak sokong kita, saya tak kata neraka tapi saya janji kita akan buat sebaiknya,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles