PM Umum Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 Diberi Esok

KUALA LUMPUR: Fasa pertama bantuan tunai untuk golongan B40 yang dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan mula.

Ia sepatutnya dijadualkan dibayar pada Mac.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bayaran bantuan diawalkan “bagi meringankan beban sara hidup rakyat”.

Katanya, pembayaran kepada 8.7 juta rakyat bernilai RM1.67 bilion akan dikredit ke akaun bank penerima yang berdaftar mulai esok. Penerima yang tiada akaun bank boleh membuat penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional.

Penerima STR di kawasan pedalaman, termasuk Sabah dan Sarawak, yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.

Dalam fasa pertama STR, seramai 4 juta penerima dalam kategori isi rumah akan terima RM300, dengan implikasi RM1.20 bilion; 1.2 juta penerima kategori warga emas tiada pasangan akan terima RM100, dengan implikasi RM0.12 bilion; dan 3.5 juta penerima kategori bujang akan terima RM0.35 bilion.

Anwar berkata program bantuan tunai bawah Kementerian Kewangan ini akan terus ditambah baik.

Maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk ke Soalan Lazim (FAQ) di laman rasmi STR, menerusi pautanp.

BBerkaitan

Latest articles