PM Umum Pemberian Tol Percuma Sempena Aidilfitri

Kuala Lumpur : Sebanyak 30 lebuh raya di seluruh negara akan menawarkan tol percuma dan diskaun tol sempena sambutan Aidilfitri pada 3 Mei ini, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, tol percuma dan diskaun itu melibatkan jumlah sebanyak RM77.11 juta dan ia akan ditanggung bersama oleh kerajaan dan syarikat konsesi.

“Pemberian tol percuma melibatkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan jaringan lebuh raya utara – selatan dan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan lebuh raya pantai timur (LPT).

“Ia akan bermula pada jam 12 tengah malam pada 30 April 2022 (Sabtu) sehingga jam 11:59 malam pada 1 Mei 2022 (Ahad) kepada semua kelas kenderaan,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Perdana Menteri Lagi, Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, pemberian tol percuma di Lebuh Raya Utara – Selatan dan LPT juga akan diberikan juga untuk pulang semula ke kediaman masing-masing bermula jam 12 tengah malam pada 7 Mei 2022 (Sabtu) hingga jam 11:59 malam pada 8 Mei 2022 (Ahad) kepada semua kelas kenderaan.

Sementara itu, tawaran diskaun tol antara 30 peratus dan 50 peratus akan diberikan kepada lebuh raya-lebuh raya lain pada tarikh dan masa yang sama kepada semua kelas kenderaan.

Diharapkan dengan pemberian tol percuma dan diskaun tol sempena perayaan Aidilfitri pada tahun ini akan memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri bersama- sama orang tersayang.

“ Kerajaan ini juga mengambil kira impak pandemik kepada sumber pendapatan sebahagian besar Keluarga Malaysia sebelum ini dan bagi mengurangkan bebanan pengguna lebuh raya terutamanya golongan berpendapatan rendah.

“ Pada masa yang sama, saya berharap kita sebagai Keluarga Malaysia dapat bertoleransi dan sentiasa bersabar dengan kehadiran jutaan kenderaan di lebuh raya sepanjang musim perayaan yang bakal tiba ini.

Pandulah dengan cermat dan sentiasa berhati-hati di jalan raya katanya

BBerkaitan

Latest articles