PM Umum Bantuan Khas Sempena Aidilfitri Untuk Penjawat Awam

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan pemberian RM500 bantuan khas kewangan Hari Raya Aidilfitri kepada semua penjawat awam dengan gred 56 kebawah.

Pemberian itu juga turut diberikan kepada kakitangan di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.

“Pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal sebagai salah satu langkah keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia,” kata Ismail Sabri dalam satu kenyataan hari ini.

Kerajaan dalam pada itu turut bersetuju untuk memberi bantuan khas sebanyak RM250 kepada Pesara Kerajaan.

Menurut Ismail Sabri, pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April iaitu pada 25 April depan.

“Bantuan khas tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM923 juta dan akan memanfaatkan lebih dua juta penjawat awam dan pesara,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles