PM: Tiada Masalah Bentang Bajet Awal

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembentangan bajet awal dari dijangka adalah perkara biasa.

Beliau menyorot zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi Yang ketika itu pernah membentangkan belanjawan lebih awal.

“Bentang Bajet 2023 adalah perkara biasa. Dulu zaman Pak Lah buat bulan September.

“Apa pun, tunggu Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar,” katanya ringkas ketika ditanya wartawan selepas merasmikan program Usaha Niaga Keluarga Malaysia di Odeon Walk di sini petang ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya kenapa kerajaan akan membentangkan Bajet 2023 pada 7 Oktober ini dan ia lebih awal dari sebelumnya.

Beliau tiba kira-kira pukul 4.30 petang di Odeon Walk disambut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.

Selepas mendengar ucapan aluan pengacara majlis mengenai program itu, Ismail Sabri menyaksikan tayangan multimedia dan turut menyampaikan zakat UDA berjumlah RM100,000 kepada empat usahawan asnaf.

Selesai majlis itu, beliau dibawa melawat lpameran usahawan UDA Usha Niaga Keluarga Malaysia.

BBerkaitan

Latest articles