PM Terima Peletakan Jawatan Azalina Sebagai Penasihat Khas

 

 

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia) bertarikh 29 Ogos lalu.

 

Perkara itu disahkan oleh Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan media hari ini.

 

Kenyataan itu juga turut menyebut bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menerima peletakan jawatan beliau dengan notis sebulan seperti yang dimaklumkan dalam surat berkenaan.

 

“Notis sebulan diberikan bertujuan menyelesaikan kerja-kerja yang berkaitan dengan kakitangan beliau, namun dalam tempoh itu, Azalina tidak lagi bertugas di Pejabat Perdana Menteri kerana diberi cuti mulai 1 September sehingga tamat notis pada akhir September,” katanya.

 

Ismail Sabri turut mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Azalina atas perkhidmatan yang telah diberikan sepanjang tempoh beliau berkhidmat.

BBerkaitan

Latest articles