PM Terima Kad Laporan 100 Hari Setiap Menteri

 

KUALA LUMPUR: Sempena Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM), kesemua Menteri Kabinet menyerahkan pencapaian kementerian masing-masing dalam tempoh 100 hari, pada hari ini, kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sesi Hari Kad Laporan berlangsung di bangunan Parlimen dan turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki Ali.

“Alhamdulillah, terima kasih saya ucapkan kepada semua di atas kerjasama yang diberikan.

“Seperti yang sering saya tekankan sebelum ini, setiap kementerian mestilah mengekalkan prestasi kerja yang tinggi setiap masa.

“Rakyat sentiasa menilai sama ada sasaran yang diletakkan kepada setiap menteri berjaya dicapai atau pun tidak,” kata Perdana Menteri melalui hantaran di Facebook, hari ini.

Video sesi pertemuan dan penyerahan kad laporan itu turut dimuat baik di Facebook beliau.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Advertisment

Terkini