More

    PM Sifatkan Isytihar Harta Oleh Pemimpin Politik Hanya Sandiwara, Tak Cermin Jumlah Sebenar Kekayaan

    PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat, pengisytiharan harta yang dilakukan sebelum ini hanya bersifat sandiwara semata-mata.

    Ini kerana katanya terdapat jumlah yang didedahkan pemimpin politik tidak menggambarkan aset dan kekayaan sebenar dimiliki mereka.

    Justeru itu, beliau berkata pemimpin politik termasuk menteri Kabinet perlu membuat pengisytiharan aset secara telus bagi mengelakkan dijadikan gimik pilitik. 

    “Saya tidak faham mengapa anda menjadikan ini sebagai isu utama? Pengisytiharan aset adalah satu sandiwara pada masa lalu kerana orang boleh mempunyai ratusan juta tetapi hanya mengisytiharkan RM11, RM12 juta.

    “Apa yang perlu kita lakukan ialah memastikan bahawa parameter jelas dan saya sedang berbincang dengan agensi seperti SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) untuk menjadikan perkara ini lebih telus. Jika tidak ia akan menjadi ejekan dan sindiran,” katanya. 

    Anawar berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Dialog Belanjawan 2023 “Membangun Malaysia Madani” di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

    Latest articles

    Related articles

    spot_img