PM saran tubuh Suruhanjaya Patuh Syariah

Kuala Lumpur — Kawal selia industri halal dalam negara boleh disatukan melalui penubuhan Suruhanjaya Patuh Syariah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam ucaptama sempena Syarahan Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini, Ismail Sabri berkata pada masa ini, cadangan kawal selia sedia ada lebih terhad kepada sektor kewangan Islam melalui Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti manakala Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) pula mengawal selia industri halal.

“Oleh itu, kawal selia lebih komprehensif boleh disatukan misalnya melalui penubuhan Suruhanjaya Patuh Syariah.

“Saya menyeru saranan ini dapat diberi perhatian sewajarnya agar aspirasi menjadikan Malaysia sebagai Model Rujukan Utama dalam bidang Ekonomi Halal dapat direalisasikan,” katanya di sini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, Pengerusi Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi (Legasi) Datuk Jefridin Atan dan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia Professor Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman bernama

BBerkaitan

Latest articles