PM Perlu Seorang Melayu, Islam – Anwar

KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan hanya kerana isu pelantikan Perdana Menteri yang hangat dikontroversikan pada ketika ini, demikian menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ujarnya lagi, sejak dari merdeka lagi, hanya mereka yang beragama Islam dan keturunan Melayu sahaja dilantik ke jawatan itu.

“Setakat ini tidak ada keperluan untuk pinda Perlembagaan Persekutuan sejak merdeka sampai sekarang di mana calon PM adalah Melayu.

“Buat masa ini calon PM masih Melayu sama ada daripada kerajaan mahu pun pembangkang,” katanya selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Kauthar, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi hari ini.

Semalam, Bersatu menerusi Ketua Pemuda Armada, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan supaya perlembagaan dipinda bagi membolehkan hanya orang Melayu-Islam boleh menjadi perdana menteri.

Isu berkenaan jawatan PM timbul selepas veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang didakwa menyentuh kemungkinan orang bukan Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri.

Kit Siang sebelum ini disiasat berhubung kandungan penulisan yang dimuat naik dalam blognya, limkitsiang.com pada 30 November lalu yang menyentuh isu Perlembagaan berhubung pelantikan Perdana Menteri Malaysia.

Penulisan yang disiasat bertajuk Malaysian Constitution Provides For a Malaysian Dream And Not a Mono-Ethnic Dream As It Provides That a Non-Malay Can Be a Prime Minister.

BBerkaitan

Latest articles