PM Minta Rakyat Berwaspada Dengan Ketidaktentuan Cuaca

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan rakyat untuk sentiasa berjaga-jaga dan bersiap-sedia dengan ketidaktentuan cuaca sepanjang bulan ini.

Ia berikutan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia bahawa luruan monsun akan berlaku pada 27 hingga 29 Disember ini, yang mana hujan berterusan dijangka berlaku di Sabah Timur dan Sarawak Barat.

Menurutnya, beliau telah mengerahkan semua agensi bertanggungjawab sentiasa bersedia dan berwaspada sekiranya menghadapi gelombang kedua.

Pasukan keselamatan juga telah diletakkan secara strategik di kawasan-kawasan berisiko tinggi.

”Orang ramai diminta berjaga-jaga kerana angin kencang dan laut bergelora turut diramal berlaku di perairan Laut China Selatan termasuklah kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung mulai 26 hingga 29 Disember 2021.

”Bersama-sama kita bersedia menghadapi sebarang dugaan dan mengambil iktibar dari pengalaman sebelum ini,” katanya dalam hantaran di Facebook.

BBerkaitan

Latest articles