PM Mengadap Agong Untuk Mesyuarat Pra-Kabinet

KUALA LUMPUR: Ura-ura kononnya tujuan Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini bagi mempersembah cadangan pembubaran Parlimen nampaknya tidak benar sama sekali.

Istana Negara dalam satu kenyataan petang tadi memaklumkan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Perdana Menteri di Istana Negara untuk memaklumkan mesyuarat pra-Kabinet.

“Mesyuarat pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka Baginda untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” kata kenyataan yang sama.

Terdahulu khabar angin mengenai Perdana Menteri menghadap Agong bagi mendapatkan perkenan bagi pembubaran Parlimen mendapat liputan meluas pemberita yang menunggu di perkarangan Istana Negara sejak awal pagi tadi.

Ia susulan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang mahu Ismail Sabri yang juga Naib Presiden parti itu menghadap Agong bagi tujuan pembubaran Parlimen dan mahu pilihan raya umum diadakan dalam tahun ini juga.

BBerkaitan

Latest articles