PM: Malaysia Perlu Ubah Indikator Peraturan Perniagaan

PUTRAJAYA: Susulan kemerosotan ketara tangga kedudukan perniagaan di dunia, Malaysia digesa untuk memperbaiki indikator peraturan perniagaan, demikian menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Terdahulu, indikator peraturan perniagaan negara ini menunjukkan penuruan ketara dalam tempoh 10 tahun lalu iaitu dari kedudukan ke-19 pada 2010 kepada tangga ke-47 tahun ini.

Perdana Menteri berkata, situasi itu menunjukkan negara perlu melakukan sesuatu dan perubahan kepada kawal selia atau peraturan perlu dilaksanakan.

Sehubungan itu, pendekatan dasar dan peraturan berasaskan bukti atau Evidence-Based Policy(EBP) perlu digalakkan.

“EBP akan diterapkan dalam mekanisme perancangan, penilaian dan pemantauan supaya dapat menjamin pembaharuan struktural yang menyeluruh bagi kelestarian pertumbuhan produktiviti dan ekonomi.

“Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) melalui mandat Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) menerima pakai pendekatan EBP dalam memenuhi keperluan perniagaan ekonomi digital melalui Regulatory Experimentations(RE) yang mana inisiatif ini menyasarkan  penubuhan 5,000 syarikat start-upmenjelang 2025,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Kebangsaan Amalan Baik Peraturan (GRP), secara dalam talian hari ini.

Menurut Ismail Sabri, pendekatan ‘Keseluruhan Kerajaan’ yang menitikberatkan kerjasama rapat dan bersepadu semua kementerian, agensi dan jabatan menjadi asas pelaksanaan GRP termasuk meningkatkan penglibatan pihak swasta, industri dan komuniti perniagaan di dalam GRP.

Beliau berkata, prinsip, elemen, dan proses dalam kaedah GRP mesti diterima pakai oleh semua kementerian dan agensi pengawal selia dalam penggubalan dan semakan dasar serta peraturan.

Ismail Sabri menjelaskan, elemen-elemen GRP antaranya Analisis Impak Peraturan, Analisis Kos Faedah dan Penilaian Notifikasi Peraturan mesti dilaksanakan dengan teliti, manakala data dan maklumat yang terangkum harus membuktikan bahawa tindakan peraturan benar-benar membawa kepada kesejahteraan rakyat.

“Dengan penguatkuasaan Dasar Negara bagi Amalan Baik Peraturan (NPGRP) bermula 22 Jun lalu, Ketua  Setiausaha Negara akan bekerjasama dengan semua Ketua Setiausaha kementerian dan Ketua Pengarah agensi dan jabatan kerajaan dalam memastikan pelaksanaan NPGRP  menyeluruh,” katanya.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Advertisment

Terkini