PM Maklumkan Jabatan Imigresen, JPN Disiasat Atas Dakwaan Rasuah, Salah Laku

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkatabJabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang disiasat pihak berkuasa berhubung amalan rasuah dan salah guna kuasa.

Ini selepas beliau menerima maklumat wujudnya unsur salah guna kuasa di JPN apabila proses untuk mendapatkan sijil warga negara dengan bayaran tertentu.

“Nak beri satu makluman, semalam saya terima mungkin masih dalam siasatan di JPN.

“Kita permudahkan orang yang layak mendapat status kewarganegaraan dan sebagainya untuk mendapatkan sijil itu dikenakan lagi bayaran. Tapi jumlahnya terlalu kecil harus ada tindakan yang keras dan tegas, kalau tidak dia merosakkan seluruh imej pentadbiran,” katanya semasa mengadakan Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Anwar juga kesal memandangkan ada sesetengah pihak di dalam JIM terbiasa dengan amalan lama, terutama rasuah.

“Umpamanya semua kaunter Imigresen berfungsi, maknanya majoriti kakitangan Imigresen menjalankan tugas dengan baik tetapi seperti mana juga kita sedar dan sering saya tegaskan ada kumpulan kecil yang masih biasa dengan sistem dan amalan lama.

“Saya percaya itu bidang kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang harus bertindak. Selalu kita sebut, kerana nila setitik rosak susu sebelanga,” tambah Anwar.

Anwar, pada semalam membuat lawatan mengejut ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas isu kekecohan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing yang mendakwa pegawai JIM mengamalkan rasuah dengan meminta sejumlah wang daripada pelancong China.

Sehubungan itu Anwar memberi jaminan menjalankan siasatan rapi akan dibuat terhadap isu berkenaan.

BBerkaitan

Latest articles