PM Mahu Laporan Ketua Audit Negara Diminitkan

KUALA LUMPUR: Dalam usaha meningkatkan mutu pentadbiran kerajaan, kesemua Ketua Jabatan, Ketua Pengarah, Ketua Setiausaha (KSU) digesa memperincikan dan meminitkan perbincangan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).

Cadangan itu dilontarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap dalam perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Dewan Seri Endon, Puspanita, hari ini.

“Saya minta semua ketua jabatan teliti bukan sahaja perkara yang disentuh mengenai jabatan berkenaan tetapi melihat keseluruhan usul cadangan untuk memperbaiki tata kelola.

“Ketirisan dan kerugian kepada negara iaitu mencecah bilion ringgit,” katanya.

Hadir sama adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Anwar berkata, perkara itu penting dilaksanakan dalam melicinkan tatakelola kerajaan dan KSN dipertanggungjawabkan untuk ‘meminitkan’ perbincangan tersebut.

“Saya harap betul-betul ketua jabatan dan untuk melincinkan, saya akan cadang kepada KSN supaya semua ini diminitkan.

“Pertama dibincang kerangka besar isu laporan dan teguran Ketua Audit Negara, kedua secara khusus yang menyentuh dan menyinggung kedudukan di jabatan,” ujarnya.

Sebelum ini Anwar mahu bidang kuasa Jabatan Audit Negara (JAN) diperkukuh dan diperluaskan supaya dapat merangkumi peranan institusi hisbah atau ombudsman.

Beliau berkata, tanggungjawab tambahan diberikan kepada JAN supaya kementerian dan jabatan di peringkat Persekutuan dan negeri memandang serius setiap teguran yang terkandung dalam LKAN.

BBerkaitan

Latest articles