PM Mahu GLIC, GLC Main Peranan Perkasa Pembangunan Ekonomi Bumiputera

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penekanan kepada Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk memainkan peranan utama bagi memperkasakan pembangunan ekonomi Bumiputera.

“Saya memberi penegasan dan cabaran kepada ketua-ketua GLIC dan dan GLC untuk supaya memainkan peranan utama dalam mengemukakan cadangan bernas dan menggerakkan prakarsa terkait pembangunan ekonomi Bumiputera,” katanya dalam satu hantaran di Facebook malam tadi.

Anwar yang juga menteri kewangan berkata, mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) semalam, yang pertama tahun ini, membincangkan pemerkasaan syarikat Bumiputera dalam perolehan kerajaan.

Beliau berkata, MEB berperanan sebagai platform utama memantau keberkesanan pelaksanaan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (Putera35).

Putera35 telah dilancarkan pada Ogos tahun lalu yang bertujuan mengangkat darjat dan martabat Bumiputera agar sejajar dengan aspirasi Ekonomi Madani.

Putera35 menggarap tiga teras utama dengan 12 pemacu dan 132 ikhtiar dalam memperkasakan lagi agenda Bumiputera.

BBerkaitan

Latest articles