PM Lawat Mangsa Banjir Di Mentakab

TEMERLOH: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat mangsa banjir di pusat penempatan sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mentakab, pagi tadi.

Beliau yang tiba pada pukul 10.45 pagi meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk mendengar taklimat mengenai situasi banjir di daerah itu, serta bertanya khabar mangsa banjir yang ditempatkan di PPS berkenaan.

Seramai 938 mangsa daripada 336 keluarga masih mendapatkan perlindungan di SJKC Mentakab, berikutan banjir di kawasan masing-masing belum surut sepenuhnya.

Menurut data Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, setakat pukul 8 pagi tadi terdapat 12,663 mangsa banjir daripada 3,629 ditempatkan di 79 PPS di seluruh daerah Temerloh.

Perdana Menteri seterusnya bergerak ke Karak untuk melawat sebuah lagi PPS iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Karak Setia.

Sementara itu, Bernama melaporkan keadaan di sekitar bandar Temerloh semakin pulih dengan beberapa jalan utama sudah dibuka untuk kenderaan manakala sebahagian bandar Mentakab masih ditenggelami air.

BBerkaitan

Latest articles