PM kongsi prosedur mohon BWI bagi mangsa tidak berdaftar di PPS

Mana-mana mangsa banjir yang tidak berdaftar di pusat pemindahan sementara (PPS) boleh mendapatkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) menerusi lima langkah prosedur mudah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Ketua Isi Rumah (KIR) boleh menghantar maklumat seperti nombor kad pengenalan, nombor telefon, nombor akaun bank dan alamat yang disahkan ketua komuniti masing-masing.

Beliau berkata, ketua komuniti mengemukakan senarai KIR itu secara bertulis kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana dan BWI akan disalurkan dalam bentuk Electronic Fund Transfer (EFT) atau secara tunai katanya di laman twitter.

 

“Bagi mangsa banjir yang tidak berdaftar di PPS, boleh rujuk panduan ini. Sebarkan kepada ahli keluarga dan mangsa banjir yang belum terima BWI,”

Terdapat 10 senarai ketua komuniti yang boleh dihubungi KIR iaitu pegawai daerah, penghulu, ketua kampung, pengerusi persatuan penduduk dan pengerusi badan pengurusan bencana.

Selain itu ahli majlis pihak berkuasa tempatan, majlis perwakilan penduduk, jawatankuasa pembangunan dan keselamatan kampung Persekutuan, pengerusi jawatankuasa dan penyelarasan DUN dan majlis pengurusan komuniti kampung.

Untuk informasi lebih lanjut mengenai bantuan tersebut boleh menghubungi Agensi pengurusan bencana negara (NADMA) di talian 03-80642400.

BBerkaitan

Latest articles