PM : Kes Jangkitan COVID-19 Terkawal Dan Kerajaan Mampu Bendung Situasi Semasa

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pandemik COVID-19 di Malaysia masih terkawal dengan kebanyakan kes adalah dalam kalangan tahanan di penjara, kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Bersasar dan kluster yang sudah dikenal pasti.

Menerusi laman Facebook beliau, situasi peningkatan semasa masih boleh dibendung dengan kerjasama pelbagai agensi bersama Kementerian Kesihatan (KKM) melalui pemantauan dan pengesanan kes serta kontak rapat.

Beliau berkata kerajaan memberikan jaminan dan komited untuk terus mengawal dan menguruskan penularan jangkitan virus ini sebaik mungkin.

“Mesyuarat pagi ini melaporkan bahawa pada 2 Oktober 2020, bilangan kes harian COVID-19 di dalam Negara merekodkan 287 kes baharu.

“Daripada jumlah itu, 128 kes dilaporkan di Kedah melibatkan kakitangan dan tahanan di Penjara Alor Setar. Selebihnya pula dilaporkan di Sabah dan beberapa negeri lain di Semenanjung.

Pagi ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung pengurusan wabak…

Gepostet von Muhyiddin Yassin am Samstag, 3. Oktober 2020

“Pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan jumlah kes jangkitan COVID-19 dari Sabah sehingga 2 Oktober 2020 ialah 139 orang iaitu 1.18% daripada jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 di dalam Negara,” katanya.

Pagi tadi, beliau mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkaitan gerak kerja pengurusan wabak COVID-19 di Putrajaya.

Muhyiddin berkata kesemua kawasan yang terdapat jangkitan dipantau setiap masa dan aktiviti mengesan individu yang ada kontak dijalankan secara aktif bagi memastikan kes positif dapat dikesan dan diasingkan.

“Hal ini menyebabkan lebih banyak kes positif COVID-19 dapat dikesan dan menyumbang kepada statistik harian di dalam Negara.

BACA JUGA : Jualan Proton Catat Peningkatan Dalam Tempoh 4 Bulan

“Saya amat berharap perkara ini dapat difahami dan saya ingin tekankan di sini bahawa keadaan adalah terkawal dan sedang diuruskan dengan baik oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat,” ujarnya.

Beliau turut mendedahkan bahawa penularan wabak COVID-19 di Sabah didapati berpunca dari kemasukan PATI dari negara jiran.

Menurutnya, kerajaan telah membuat keputusan semua PATI yang ditahan disaring dan ditempatkan di Pusat Tahanan dan Kuarantin Sementara (PTS) yang disediakan.’

“Pada masa ini, PTS di Sabah telah melebihi kapasiti.

“Sehubungan itu, kerajaan akan membuka lebih banyak PTS baharu bagi menempatkan PATI yang ditahan sebelum proses pengusiran dilaksanakan.

“Dalam pada itu, petugas KKM juga telah ditambah untuk menjalankan proses saringan ke atas PATI yang ditahan,” kata Muhyiddin.

MESTI BACA : Agong Selesai Jalani Rawatan Di IJN

Beliau turut memberikan makluman bahawa tahap kesiapsiagaan negara berada pada tahap tertinggi dan mampu menghadapi penularan jangkitan COVID-19 seperti yang berlaku sebelum ini.

“Kita mempunyai 40 buah hospital dan 34 Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah untuk merawat kes positif COVID-19 dengan kapasiti 5,674 buah katil.

“Kadar penggunaan katil di hospital-hospital COVID-19 pada masa ini ialah 24 peratus sahaja.

“Selain itu, fasiliti kesihatan juga kini mempunyai 437 buah katil ICU dan 1,505 alat bantu pernafasan (ventilator).

“Saya ingin menyeru rakyat supaya bertenang dalam menghadapi situasi penularan COVID 19 pada masa ini,” katanya.

Hari ini, KKM melaporkan sebanyak 317 kes jangkitan baharu direkodkan.

PERINCIAN KES BAHARU (317) HARI INI

SABAH : 155 KES TEMPATAN
-100 kes saringan bergejala (W-96 BWN-4)
-35 kes drpd Kluster Bangau-Bangau (W-33 BWN-2)
-10 kes drpd Kluster Benteng LD (W-10)
-4 kes saringan komuniti (W-4)
-3 kes drpd Kluster Laut (W-3)
-2 kes drpd Kluster Joo Hwa (W-2)
-1 kes drpd Kluster Buang Sayang (W-1)

KEDAH: 102 KES TEMPATAN
-97 kes drpd Kluster Tembok (W-93 BWN-4)
-2 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) (W-2)
-2 kes drpd kluster baharu iaitu Kluster Bah Lunas (W-2)
-1 kes drpd Kluster Bah Ketil (W-1)

SELANGOR: 32 KES TEMPATAN
– 15 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) (W-14 BWN-1)
-12 kes drpd Kluster Jalan Meru (W-12)
-3 kes drpd kluster baharu,Kluster Jelok (W-3)
-2 kes saringan kontak rapat kpd kes positif COVID-19 kes ke-11147 & kes ke-11047 (W-2)

TERENGGANU: 9 KES TEMPATAN
-7 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) (W-7)
-1 kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19 kes ke11477 (W-1)
-1 kes saringan Pintu Masuk Domestik dan Antarabangsa (W-1)

PULAU PINANG: 3 KES TEMPATAN
-2 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) (W-2)
-1 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Rose (W-1)

KELANTAN: 2 KES TEMPATAN
– 2 kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19, kes ke-11477 (W-2)

NEGERI SEMBILAN: 1 KES TEMPATAN
– 1 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) (W-1)

JOHOR: 4 KES TEMPATAN
-3 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) (W-3)
-1 kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara (W-1)

KUALA LUMPUR: 4 KES TEMPATAN
-2 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) (W-2)
-1 kes daripada Kluster Jalan Meru (W-1)
– 1 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jelok (W-1)

SARAWAK: 3 KES TEMPATAN
-3 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) (W-3)

PUTRAJAYA: 2 KES TEMPATAN
– 2 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) (W-2)

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Remaja 15 Tahun Jadi Mangsa Rogol Enam ‘Rider’ Makanan

Enam suspek lelaki warga tempatan yang bekerja sebagai penghantar makanan ditahan kerana disyaki  merogol seorang gadis di sebuah hotel di Petaling Jaya, dalam kejadian...

Mungkin Tiada Lagi UPSR Buat Selama-lamanya

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan perbincangan untuk memansuhkan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) kini berada dalam peringkat akhir. Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya berkata...

Boleh Rentas Daerah, Negeri Mulai Isnin Ini

Bermula Isnin ini, kerajaan mula membenarkan pergerakan merentas daerah dan negeri di seluruh negara, kecuali di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). Menteri...

Bersatu Kesal Dalam Isu MB Perak

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melahirkan rasa kesalnya dengan apa yang berlaku dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, pada semalam yang menyaksikan Menteri...

Peniaga Di Plaza Low Yat Bergaduh Berebut Pelanggan

Seramai 42 ditahan polis semalam selepas terlibat dalam satu pergaduhan di luar Plaza Low Yat, di Jalan Imbi, petang semalam, dipercayai akibat berebut pelanggan Ketua...