PM: “Kalau Boleh Nak Subsidi Bersasar Petrol, Diesel Dibuat Esok…”

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui pelaksanaan mekanisme subsidi bersasar termasuk diesel dan petrol RON95 tidak mudah.

Bagaimanapun, beliau mahu isu pelaksanaan itu dilakukan dengan segera bagi membantu rakyat di negara ini.

Anwar turut menjelaskan kerajaan sedang berusaha ke arah itu dengan meneliti beberapa cadangan bagi memastikan pelaksanaan subsidi bersasar terbabit bersifat efektif.

“Pelaksanaan tidak mudah…kita berusaha ke arah itu melalui pasukan yang kini sedang meneliti beberapa proposal (cadangan)…kalau siap esoklah (untuk pelaksanaan), tetapi kita masih berusaha.

“Ia sangat rumit…kalau elektrik ok sebab kita boleh kenal pasti rumah atau kilang, tetapi diesel berbeza dan perkara ini kita perlu kaji,” katanya selepas melawat Pusat Penjaja MADANI, di Jalan Tunku Abdul Rahman, hari ini.

BBerkaitan

Latest articles