PM Jawab Dakwaan ‘Flip-Flop’ Dalam Dasar Kerajaan

KUALA LUMPUR: “Kalau pun ‘flip-flop’ demi kepentingan rakyat saya akan ‘flip-flop'” – Itu jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas ditohmah dirinya tidak konsisten dalam membuat dasar kerajaan.

Respon itu merujuk kepada beberapa isu berkait kerajaan baru-baru ini, termasuk biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam, tarif elektrik, harga keperluan harian seperti ayam dan telur.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Tanjunng Karang (PN) Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi di Dewan Rakyat hari ini.

“Apa yang flip-flopnya? Kalau keputusan itu membebankan rakyat Tanjung Karang patut bangkit. Keputusan membantu rakyat Tanjung Karang nak jadi juara siapa?

“…Beza YB Tanjung Karang ini yang tak puas hati flip-flop, kalau pun flip-flop demi kepentingan rakyat saya akan flip-flop.

“Buat apa tak nak flip-flop tetapi membebankan rakyat? Kalau tak mahu flip-flop keputusan Kabinet dahulu masa Perikatan Nasional naik eletrik semua. Saya tukar flip-flop tak nak bebankan rakyat. Tak nak naikkan elektrik,” kata Anwar.

Menurut beliau, keputusan menarik biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melibatkan beberapa kursus adalah keputusan pentabiran lama.

Manakala keputusan untuk meneruskan subsidi terhadap ayam dan telur dibuat atas dasar kepentingan rakyat.

“JPA (adalah) keputusan lama, ada rekod. Saya hadir mesyuarat JPA memang ada keputusan lama untuk mengkaji semula dan menghentikan. Yang diumumkan keputusan lama. Bila saya pengerusikan mesyurat JPA keputusan yang saya buat, sambung biasiswa.

“Begitu juga ayam dan telur. Habis dia Jun. Itu keputusan lama. Kementerian umumkan keputusan. Bila rujuk kepada Menteri Kewangan dan Perdana Menteri saya kata sambung. Bila dimaklum kepada saya, diteliti akan membebankan rakyat, Hari Raya Haji dekat kita tolong rakyat,” tegas Anwar.

Sementara itu, mengenai isu dakwaan perolehan vaksin tidak dibawa ke Jabatan Peguam Negara (AGC), Anwar berkata terdapat kebenaran mengenai isu yang ditimbulkan beliau.

“Soal vaksin ini Tanjung Karang tidak teliti sepenuhnya. Ada kebenaran dibangkitkan ada sebahagian yang tidak dirujuk oleh Peguam Negara,” kata Anwar.

Semalam Kertas Putih Pengurusan Perolehan Vaksin Covid-19 yang dibentangkan Timbalan Menteri Kesihatan menyangkal dakwaan Perdana Menteri yang perolehan vaksin tidak dibawa ke Jabatan Peguam Negara (AGC).

Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin (Putrajaya–PN) berkata, usul yang dibentangkan oleh Lukanisman Awang Sauni pada Khamis lepas menyatakan perolehan vaksin telah dibawa ke AGC.

BBerkaitan

Latest articles