PM ‘Janji’ PRU15 Diadakan Tanpa Lengah

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri menegaskan bahawa pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang dan tidak akan dilengahkan sejurus Barisan Nasional bersedia.

Bercakap di hadapan 4,000 perwakilan di majlis sambutan ulang tahun BN, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu seluruh kepimpinan BN membuat persiapan sebaik mungkin agar “mimpi buruk 22 bulan” ketika gabungan itu menjadi pembangkang selepas kekalahan pada PRU14 tidak berulang.

“Kita wajib bekerja keras, bersiap siaga dan bersatu padu dalam menghadapi PRU15 yang akan tiba bila-bila masa dari sekarang,” katanya dalam ucapan sempena konvensyen ulang tahun BN ke-48 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, beliau memberi jaminan untuk tidak akan melengah-lengahkan permemohon pembubaran Parlimen sejurus BN bersedia.

Terdahulu, pada majlis sama, bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi bayangan bahawa BN akan berdepan “risiko besar” jika PRU15 ditangguhkan untuk tempoh lebih lama.

Ia dilihat senada dengan desakan tampuk kepimpinan Umno bahawa BN harus segera memanfaatkan sentimen dalam kalangan pengundi yang memihak kepada gabungan itu berdasarkan keputusan pilihan raya negeri (PRN) yang diadakan sebelum ini.

BBerkaitan

Latest articles