PM Jalani Kuarantin Selama Dua Minggu

 

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalani tempoh kuarantin selama dua minggu bermula 3 Oktober selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disahkan positif Covid-19 dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Seremban.

Memetik kenyataannya, Muhyiddin memberitahu bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjalankan ujian saringan pengesanan Covid-19 ke atas semua ahli dan urusetia mesyuarat tersebut.

Berdasarkan penilaian risiko yang dilakukan oleh KKM, mereka yang dikenal pasti kontak rapat semasa mesyuarat ini telah diberikan surat perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) selama 14 hari dari tarikh 3 Oktober 2020 dan dipakaikan gelang pengawasan.

Manakala ahli-ahli mesyuarat yang bukan kontak rapat dinasihatkan untuk menjalani kuarantin sendiri selama 14 hari bermula 3 Oktober sehingga 16 Oktober depan.

Mereka juga dikehendaki memantau status kesihatan kendiri (self-health monitoring) di rumah setiap hari menggunakan home assessment tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera.

“Sehubungan itu, saya akan menjalani kuarantin kendiri di kediaman saya selama 14 hari mengikut nasihat yang diberikan oleh KKM.

“Hal ini bagaimanapun tidak akan mengganggu urusan Kerajaan. Saya akan terus bekerja dari rumah dan menggunakan sidang video bagi mesyuarat yang perlu saya pengerusikan,” kata Muhyiddin.

Muhyiddin turut memaklumkan bahawa beliau melakukan ujian saringan pengesanan Covid-19 setiap dua minggu bermula April lalu dan kesemua keputusannya menunjukkan negatif.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,802FollowersFollow
20,900SubscribersSubscribe

Terkini