PM Ingatkan Syarikat Penerbangan Usah Kaut Untung Melampau

BERA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) diarahkan untuk menyemak dan menyiasat harga tiket penerbangan yang dilaporkan melambung, terutama di musim perayaan ini memandangkan ia bercanggah dengan Akta Kawalan Harga dan Akta Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam masa yang sama mengingatkan kepada semua syarikat  penerbanganan supaya tidak mengambil keuntungan berlebihan bagi laluan ke ke Sabah dan Sarawak.

Malah kenaikan tambang penerbangan sehingga 500 peratus ‘agak melampau’ memandangkan rakyat tidak mempunyai alternatif untuk ke negeri-negeri berkenaan selain menggunakan kapal terbang.

Sehubungan itu Ismail Sabri menggesa Menteri KPDNHEP, Datuk Alexander Nanta Linggi, bertegas kepada semua  pihak sama ada operator syarikat besar atau kecil yang mengambil keuntungan berlebihan.

‘”KPDNHEP perlu tegas terhadap mana-mana pihak yang mengambil untung berlebihan di bawah AKHAP kerana ia salah.

“Kerajaan tidak akan membenarkan mana-mana peniaga mengambil kesempatan terhadap pengguna pada bulan puasa dan hari raya,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Mg Coopmart-Kopbera dan Jualan Harga Murah Semarak Ramadan Keluarga Malaysia Parlimen Bera, hari ini.

Tambah Ismail Sabri, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong turut diminta untuk menyemak semua kadar harga tambang ke Sabah dan Sarawak yang mencecah RM2,000 itu jika boleh diturunkan.

“Menteri Pengangkutan telahpun mengadakan perjumpaan dengan pengendali syarikat penerbangan untuk mengkaji semula kenaikan harga yang melampau ini.

“Kalau tambang pesawat ke Kedah atau Pulau Pinang naik harga, pengguna yang nak balik kampung boleh pilih naik kereta sebagai alternatif. Tapi kalau tiket penerbangan ke Sabah Sarawak naik, jadi nak naik apa? Tak kan nak naik kereta balik Sabah?,” kata beliau.

BBerkaitan

Latest articles