PM Gembira sambutan Rumah Terbuka Madani menggalakkan

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan perasaan gembira beliau apabila siri sambutan Rumah Terbuka Malaysia Madani yang dianjurkan mendapat sambutan hangat dan berjaya menyatukan beliau dengan rakyat dari pelbagai negeri dan latar belakang yang berbeza.

Beliau juga terharu kerana melihat semangat rakyat untuk bersatu dan memperkuatkan ikatan persaudaraan dan persahabatan.

“Ini objektif dan matlamat yang ingin dicapai melalui penganjuran majlis-majlis rumah terbuka ini.

“Terima kasih dan sekalung penghargaan warga Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak beserta rakyat di negeri-negeri lain yang sudi hadir menyemarak semangat Aidilfitri,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Terdahulu Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Peringkat Negeri Perak disambut di Tambun, Ipoh malam tadi turut dimeriahkan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim yang berkenan mencemar duli berangkat hadir ke majlis tersebut.

Hampir 50,000 pengunjung berbilang kaum memeriahkan majlis rumah terbuka itu yang turut menyajikan persembahan artis tempatan.

Latest articles

Related articles

spot_img